hehe

snow

Sabtu, 29 Oktober 2011

ibu kau ratu hatiku

assalammualaikum!!

Ibu
engkaulah ratu hati
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu

Ibu
kini anakmu mengerti
apa itu kepayahan
engkau telah mengandungkan ku selama 9 bulan
tetapi ku tetap tidak mahu dengar kata-katamu

Ibu
engkau telah menyusukanku
ketika ku masih kecil
walaupun masa kecilku banyak dengan pelbagai ragam
tetapi engkau masih mahu melayaniku


Ibu
ketikaku sudah dewasa
baru ku tahu
apa itu erti kepayahan menjadi seorang ibu
anakmu ini
tetap akan mendoakanmu di waktu SOLAT

Ibu
terima kasih untuk segalanya
kerana sanggup menjagaku 
dariku kecil hingga lah ku dewasa

Ibu
tidak dapat apa ku balas
kepadamu selain doa
Hanya kepada yang Maha Esa sahaja anakmu ini menghadiahkan DOA buatmu Ibu

terima kasih ibu :'(

straighttothepoint

yang lahirkan aku...ibu
yang susukan aku..ibu
yang mandikan aku...ibu
yang jaga aku...ibu
yang dodoikan aku..ibu
yang hiburkan aku..ibu
yang suapkan aku..ibu
bila aku besar ayat pertama yang aku sebut..ibu
yang gembira..ibu
bila terjaga dari tidur aku cari..ibu
bila aku titiskan air mata..ibu yang tenangkan aku..
kalau nak kasih sayang atau bermanja aku cari..ibu
bila aku takut aku peluk...ibu..
bila nak sesuatu aku minta pada..ibu..
bila sedih..yang hadir untuk ceriakan aku..ibu
bila aku xdengar cakap n nakal yang memarahi aku..ibu
bila aku rindu aku tepon..ibu
bila rasa takut aku jerit..ibbbbuuuu!!!
bila sakit orang paling risau..ibu
bila nak exam orang paling sibuk..ibu
yang kemaskan n bersihkan barang-2 aku..ibu
yang selalu lindungi aku..ibu
yang selalu masak..ibu..
bak kata pepatah semuanya iu la..

harapan seorang ibu:nak bila kau da besar n da pekerjaan yang bagus-2
kau jangan lupakan mak ye n kau untur la duet sikit..rm10 un jadi la asalkan kau ikhlas
tapi bila mak da xda mak cuma minta satu je dari kau nak..mak nak kau ziarah kubur mak selalu n jaga diri kau baik-2 ya

IBBBUUUU saya sayangkan ibu..jangan pergi tinggalkan saya ibu..saya
lemah ibu tanpa kehadiran ibu..ibu da banyak berjasa pada saya..saya sayangkan
ibu..ibbbbuuuu!!! tiktiktik-titisan air mata seorang anak
 berapa ramai yang sanggup suapkan ibunya??
berapa ramai sanggup papah ibu bila sakit??
berapa ramai sanggup lap muntan ibu??
berapa ramai yang sanggup buang kudis n luka ibunya??
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya??
berapa ramai sanggup ziarah n mendoakan ibunya??
berapa ramai sanggup hulurkan duitnya untuk ibu??
berapa ramai sanggup lakukan apa saja untuk ibunya??

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya



sungguh besar pengorbanan seorang ibu untuk keluarganya??adakah kita sedar semua itu??kalau korang benar-2 anak yang soleh serta solehah korang hargai lah ibu korang dengan sebeknya sebelum terlambat..ibu adalah anugerah yang xternilai buat hidup kita..ibu segala-2nya..dan ingat syurga itu terletak di tapak kaki ibu..renung-2kanlah anak muda..jangan kau lupa diri..:D..amin..assalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalammualaikum??da puas baca cerita saya??lau asa nak komen-2komen je la saya izinkan n saya arap setiap komen anda tu boleh membawa kita ke jalan yang benar la..assalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages

segala yang tercatit di sini adalah hak milik muslimah sejati.